RM64.00
PEMASARAN EKOPELANCONGAN
Price RM64.00
Product SKU ISBN 978-967-0021-27-0
Size (L x W x H) 15 cm x 22 cm x 3 cm
Availability 282
Quantity
Description

Ekopelancongan merupakan industri yang berpotensi untuk meningkatkan pendapatan negara sekali gus memberi peluang kepada masyarakat untuk terlibat sebagai usahawan bagi membangunkan tahap sosioekonomi mereka. Buku ini ditulis dengan fokus kepada tema pemasaran ekopelancongan sebagai panduan kepada pihak yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan ekopelancongan. Buku ini merupakan karya ilmiah hasil daripada pengalaman, penyelidikan, dan pemahaman para penulis buku dalam bidang pengurusan sumber asli, khususnya ekopelancongan. Para penulis buku ini menggabungkan kepakaran dan penyelidikan dalam bidang sumber asli, sosiologi dan antropologi, pelancongan, dan hospitaliti dengan fokus khusus kepada pemasaran ekopelancongan. Pelbagai sintesis berkaitan dengan isu pemasaran ekopelancongan telah dimuatkan dalam buku ini dalam bentuk rajah, jadual dan ilustrasi untuk pemahaman yang lebih jelas. Diharapkan buku ini dapat dijadikan rujukan oleh para pembaca terutamanya pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia serta menjadi rujukan kepada para penyelidik yang ingin menjalankan kajian berkaitan ekopelancongan. Buku ini juga boleh dijadikan rujukan oleh para pembaca umum yang ingin mengetahui isu pemasaran ekopelancongan.