RM35.00
PAS MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM
Price RM35.00
Product SKU ISBN 978-967-2912-09-5
Size (L x W x H) 16 cm x 1 cm x 23 cm
Availability 502
Quantity
Description

Parti Islam SeMalaysia diasaskan sekumpulan ulama Melayu dengan tujuan mewujudkan pemerintahan yang melaksanakan nilai hidup dan syariat Islam dengan reda Ilahi di Malaysia. Berdasarkan sejarah PRU, PAS pernah memerintah di negeri Kelantan (1959-1977 dan 1990 hingga kini), Terengganu (1959-1962, 1999-2004 dan 2018 hingga kini), Perak (2008-2009) dan Kedah (2008-2013 dan kini). PAS pernah menganggotai kerajaan Barisan Nasional memerintah Malaysia dari tahun 1974-1977. PAS turut bersama dalam kerajaan campuran di Selangor (2008-2018) dan Perak (2008-2009). Tuan Guru Yusuf Rawa menjenamakan PAS sebagaiKepimpinan Ulama (PRU1982). Pada PRU 1999, PAS (Dato’ Fadzil Mohd Noor) bekerjasama dalam gabungan Barisan Alternatif (BA) dan mencatatkan kejayaan cemerlang PAS dalam sejarah pilihan rayanya. PAS (Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang) telah bersama Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13 dan 14. Setelah PRU14, PAS dan UMNO menjalinkan kerjasama melalui Muafakat Nasional (14 September 2019) dan seterusnya bersama dalam Perikatan Nasional yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan dan menjadikannya sebagai parti dalam komponen kerajaan memerintah. Persoalan kini, sejauh manakah PAS dan Perikatan Nasional mampu mengekalkan reputasi pada PRU15?