RM27.00
MINDA USAHAWAN BERJAYA
Price RM27.00
Product SKU UMK0048
Size (L x W x H) 1 cm x 10 cm x 15 cm
Availability 242
Quantity
Description

Untuk berjaya, seorang usahawan bukan hanya memerlukan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diceburi. Sebaliknya persediaan dari segi mental amatlah dituntut dalam mendepani segala kemungkinan dan halangan. Buku ini menekankan kepada persiapan untuk seorang usahawan atau bakal usahawan dalam menetapkan hala tuju perniagaan dari aspek pengurusan minda yang berupaya menentukan berjaya atau sebaliknya perniagaan tersebut. Kandungan buku ini merangkumi perbincangan tentang keusahawanan Melayu terutamanya kerana masyarakat Melayu dilihat telah mula sedar bahawa keusahawanan dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Namun begitu keghairahan usahawan Melayu menceburi bidang ini telah menyebabkan mereka terlupa untuk mempersiapkan diri dengan ilmu berkaitan minda keusahawanan yang dapat membantu apabila keadaan memerlukan nanti. Buku ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan kepada usahawan kecil dan sederhana untuk menuju ke dimensi yang lebih besar.