RM25.00
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN
Price RM25.00
Product SKU ISBN 978-967-2912-48-4
Size (L x W x H) 15 cm x 1.5 cm x 22.5 cm
Availability 880
Quantity
Description

Penghayatan Etika dan Peradaban merupakan Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2020 dalam usaha melahirkan anak bangsa yang bertepatan dengan aspirasi negara. Subjek ini bertujuan memberi kefahaman sebenar tentang konsep penghayatan etika, khususnya dalam menepati Rukun Negara, dasar kerajaan, usaha perpaduan dan pembangunan negara. Sehubungan itu, buku ini akan memberi pendedahan tentang sejarah negara sebelum dan selepas kemerdekaan serta usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membina peradaban bangsa. Pembaca akan didedahkan dengan acuan jati diri bangsa dalam melahirkan nilai kebersamaan, kesefahaman, keharmonian dan integrasi nasional. Penghayatan sebegini penting dalam usaha penyatupaduan masyarakat superdiversity di Malaysia kerana ia mendorong masyarakat mengamalkan nilai etika sebenar dalam kehidupan seharian. Buku ini turut mengajak pembaca membina peradaban negara bangsa dengan nilai yang dikongsi bersama. Ekoran kerencaman dan kepelbagaian masyarakat Malaysia, buku ini turut membantu pembaca memikirkan strategi pembinaan negara bangsa secara kritikal dan analitikal.