RM35.00
SINERGISME WAKAF PENDIDIKAN TINGGI & KEUSAHAWANAN SOSIAL ISLAM
Price RM35.00
Product SKU ISBN 978-967-2229-73-5
Size (L x W x H) 15.3 cm x 2 cm x 22.9 cm
Availability 263
Quantity
Description

Buku ini ditulis dengan impian dan matlamat untuk membina pusat pengajian tinggi atau universiti yang melahirkan ilmuwan bertakwa lagi muslih (pemimpin masa hadapan) yang berkeupayaan mengislah masyarakat mengikut acuan Islam yang tepat dan benar. Secara ringkas dan padat, buku yang terdiri dari 12bab ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu wakaf pendidian tinggi, keusahawanan sosial dan sinergi antara wakaf pendidikan tinggi dan keusahawanan sosial Islam. Proses sinergi tersebut mengaplikasikan satu pendekatan khusus yang sedang diusahakan oleh penulis iaitu pendekatan kesepaduan dan Islamisasi ilmu. Justeru, penulisan ini adalah satu usaha untuk menggabungkan kebenaran syariat wakaf dan kebijaksanaan pemikiran manusia melalui gagasan keusahawanan sosial untuk membangunkan sebuah universiti yang bebas merdeka dan menjunjung tinggi prinsip kebenaran serta turut membangunkan komuniti sekitar dan masyarakat dengan cara yang harmoni dan menang-menang.