RM96.80
KOMBO CERITA RAKYAT
Price RM96.80
Product SKU KOMBO CERITA RAKYAT
Size (L x W x H) 20 cm x 10 cm x 20 cm
Availability 15
Quantity
Description

Set Kombo ini menggabungkan tiga buah buku dalam satu harga.

NILAI-NILAI MURNI NARATIF LISAN (SATU PENELITIAN PENGKAEDAHAN MELAYU
ISBN 978-967-2912-68-2

Buku Nilai-Nilai Murni dalam Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Penelitian Pengkaedahan Melayu memberi fokus terhadap pendokumentasian dan pemartabatan naratif lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Selain itu, penulis menonjolkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam naratif lisan dan setiap konsep nilai-nilai murni ini disokong oleh para sarjana di dalam Malaysia dan luar negara. Selain itu juga, buku ini sangat istimewa kerana penulis menjadikan Teori Pengkaedahan Melayu yang digagaskan oleh Hashim Awang pada tahun 1989 sebagai deduktif kajian. Namun begitu, beberapa cerita lisan daripada teks Himpunan 366 Cerita Rakyat di Malaysia yang diselenggarakan oleh Aripin Said dan Othman Puteh pada tahun 2015 turut digambarkan dalam buku ini untuk memperlihatkan betapa hebat dan kayanya cerita lisan di Malaysia. Justeru, penulis berharap buku ini dapat dijadikan bahan rujukan kepada pengkaji-pengkaji lain dalam bidang Kesusasteraan Melayu Tradisional.

SEUNTAIAN NARATIF LISAN DI LEMBANGAN SUNGAI PENGKALAN DATU, KELANTAN
ISBN 978-967-2912-45-3

Buku Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan merupakan keseluruhan naratif lisan yang diperoleh di beberapa buah kampung berdekatan dan bersebelahan Kampung Pengkalan Datu, antaranya Kampung Pantai Senak, Kampung Kedai Lalat dan Kampung Babong. Buku ini mengandungi cerita-cerita yang menarik yang diperoleh melalui kerja lapangan di tempat kajian secara sisttematik. Naratif lisan ini diperoleh daripada tukang cerita atau penglipur lara, iaitu Muhamad Azman Mahmud yang merupakan anak jati di kampung tersebut. Hasil daripda temu bual ini telah didiskripsi ke dalam bentuk tulisan, dengan setiap perancangan yang sistematik. Di samping itu, setiap cerita-cerita yang terkandung dalam buku ini sememangnya kaya dengan nilai-nilai murni yang dapat membeutk moral positif dalam kalangan seluruh masyarakat Malaysia dan juga luar negara. Sehubungan itu, tanggungjawab pengkaji adalah memastikan cerita-cerita ini dapat dibca dan dihayati oleh semua golongan pembaca, terutama pencinta sastera

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM CERITA-CERITA LISAN MELAYU
ISBN : 978-967-2912-46-0

Buku Falsafah Pendidikan Negara dalam Cerita-cerita Lisan Melayu ini membataskan pengkajian dan analisis terhadap beberapa cerita-cerita lisan Melayu yang termuat dalam teks Himpunan 366 Cerita Rakyat di Malaysia. Teks ini diselenggarakan oleh Aripin Said dan Othman Puteh. Keseluruhan cerita-cerita lisan Melayu yang dianalisis merangkumi 16 nilai murni yang dapat membentuk moral positif dalam kalangan jiwa setiap manusia. Sehubungan dengan itu, tanggungjawab pengkaji adalah memastikan cerita-cerita lisan ini dapat dibaca dan dihayati oleh semua khalayak pembaca, terutama pencinta sastera.