RM37.00
PROLEGOMENA MASA HADAPAN ORANG ASLI MALAYSIA
Price RM37.00
Product SKU ISBN 978-967-2912-14-9
Size (L x W x H) 15 cm x 2 cm x 22 cm
Availability 130
Quantity
Description

PROLEGOMENA MASA HADAPAN ORANG ASLI MALAYSIA merupakn kompilasi 13 makalah yang membahaskan realiti orang asli di Malaysia. Tujuan buku iniadalah untuk mewacanakan potensi orang asli untuk mendepani dan melakar masa hadapan mereka. Meskipun mereka dihambat dengan tidak terbilang banyaknya cabaran yang kadang-kadang boleh menghasilkan harapan yang bersifat pesimistik, namun rupa-rupanya jati diri mereka amatlah kuat. Kendatipun berhadapan dengan masalah yang menggari hidup mereka pada peringkat awalnya, mereka tidak pernah mengalah. Dan paling penting mereka mempamerkan potensi mereka dengan megah dan bukannya layak dilayan sebagai objek yang hanya menelan apa sahaja perancangan ditentukan oleh pihak lain.Makalah- makalah dalam buku ini jelas mempamerkan, meskipon dari sisi tertentu mereka seolah-olah terperangkap dalam masalah tertentu dan akhirnya mereka menemui jalan keluar yang selesa. Hidup mereka berubah dan sentiasa bertambah baik. Keadan ini sudah pasti menjadi titik mula pada masa hadapan yang lebih cerah, bersifat berimpak lestari dan kesannya paling kurang dinikmati di hujung perjalanan hidup; dan pastinya dinikmati oleh anak cucu mereka. Inilah orang asli Malaysia, buku ini adalah prolegomena masa hadapan orang asli Malaysia.