RM120.00
UFUK RENTAK : SENIMAN PEMERDU ZAMAN
Price RM120.00
Product SKU ISBN 978-967-2229-82-7
Size (L x W x H) 28 cm x 1 cm x 30 cm
Availability 314
Quantity
Description

 

Ketokohan seniman Ahmad Nawab dalam bidang muzik sudai diketahui umum dan tidak dipertikaikan lagi. Beliau seorang komposer berkaliber. Bermula dari bawah, seawal berusia 15 tahun, Ahmad Nawab mempelajari alat muzik (instrumen) tiupan dengan minat dan mendalam. Kesungguhan Ahmad Nawab unutk berkecimpung dalam bidang ini terserlah apabila beliau menyertai pelbgai kumpulan muzik dengan giat melakukan persembahan ketika masih remaja lagi, bahkan semasa berusia 16 tahun beliau sudah pun mencipta lagu. Muzik Ahmad Nawab telah mewarnai satu pencapaian menakjubkan dalam tahun-tahun 70-an, 80-an dan 90-an di Malaysia. Lagu Malaysia Truly Asiabagi mempromosikan industri pelancongan negara mencapai taraf antarabangsa, bahkan lagu NAM Lead the Way yang dihasilkan bersempena Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Kuala Lumpur, meletakkan namanya sebagai komposer bertaraf dunia. Sebagai pemuzik terkemuka, sudah tentulah beliau memiliki bukan sahaja karisma yang tinggi akan tetapi bertolak dari asas perjuangan yang jelas dan kukuh sehingga dapat menempatkan diri sebagai tokoh muzik sepanjang zaman. Sebagai mengiktirafkan pencapaiannya, Ahmad Nawab pada tahun 2006 dianugerahi Tokoh Seniman Negara, satu pengiktirafan tinggi yang diberikan kerajaan Malaysia. Salam hormat. Selamat membaca