RM60.00
SEJAMBAK MENGHARUM : Himpunan Esei Sastera Lim Swee Tin
Price RM60.00
Product SKU ISBN 978-967-2229-83-4
Size (L x W x H) 21 cm x 1 cm x 23.5 cm
Availability 311
Quantity
Description
Highlight
  • kesusasteraan Melayu moden

Himpunan rencana menjadi penerbitan yang semakin terpinggir dalam ranah kesusasteraan Melayu moden ketika ini. Kelesuan ini diakibatkan tanggapan bahawa rencana kurang penting berbanding karya sastera. Namun, tanggapan ini sebenarnya kurang tepat. Himpunan rencana di dalam sesebuah buku adalah berfokus, dan mempunyai matlamat tertentu untuk dicapai.

Demikianlah, Sejambak Mengharum ini sesungguhnya bertujuan menyemarakkan diskusi atau semacam dialog demi mendapatkan gambaran lebih luas tentang pelbagai aspek karya dan kepengarangan. Rencana melatarkan kerangka sumbangan pengarang, di samping merajahkan ruang serta peluang baharu dalam pengkaryaan.

Dihasilkan secara santai, selain bermaklumat, Sejambak Mengharum mesra pembaca serta bermaklumat, sewajarnya menjadi pilihan khalayak umum, pelajar institusi pengajian tinggi dan sesuai dijadikan rujukan pengarang. Penghasilannya bermaksud menjadi wadah yang memberi gambaran akan citra kesusasteraan dalam kita menyemarakkan peradaban bangsa.