RM110.00
GEMULAI
Price RM110.00
Product SKU ISBN 978-967-0021-06-5
Size (L x W x H) 24 cm x 1 cm x 24.5 cm
Availability 450
Quantity
Description

Tarian menora merupakan kesenian tradisional yang tak pernah lapuk dek hujan tak pernah lekang dek panas. Keseniaan ini juga kerapkali dinamakan keseniaan rakyat dengan erti kata ia dipentaskan dan dinikmati jelata. Keseniaan ini sudah bertapak khususnya di Kelantan dan Kedah untuk ratusan tahun lamanya sebagaimana keseniaan makyung, wayang kulit serta beberapa lagi. Keseniaan ini menarik terutama oleh bentuk kostumnya yang unik, gerak tarinya yang khas dan corak persembahan yang menghiburkan. Buku ini mengambil sebahagian kecil gerak tari untuk dijadikan tatapan umum disebabkan banyak yang belum ataupun tidak mengenalinya. Sementara puisi yang disisipkan melengkapkan terutama dari segi memberi kefahaman tentang peranan dan sumbangan seni persembahan selain estetik yang ditinggalkan. Menora milik masyarakat kita, sayang sekali seandainya dibiarkan pupus atau lenyap ditelan masa.