RM38.00
GAYA BAHASA KOMUNIKASI RASULULLAH S.A.W DENGAN UMMUL MUKMININ
Price RM38.00
Product SKU ISBN 978 967 0955 01 8
Availability 100
Quantity
Description

Buku ini memberikan definisi terhadap beberapa frasa pada tajuknya- Analisis Wacana Gaya Bahasa Komunikasi Rasulullah (SAW) Dengan Ummul Mukminin agar ia dapat memberikan satu gambaran dan pemahaman yang jelas terhadapnya. Analisis dalam konteks perbincangan ini ia dirujuk kepada penyelidikan dan huraian yang dilakukan kepada hadis-hadis komunikasi Nabi dengan kaum wanita. Wacana bermaksud kesatuan fikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan manakala dalam konteks perbincangan ini penulis memfokuskannya kepada kesatuan fikiran yang utuh yang terdapat dalam teks Hadis Rasululluah (SAW). Gaya bahasa dimaksudkan sebagai cara pemakaian bahasa sementara orang yang mempunyai ilmu gaya bahasa ialah orang yang mempunyai pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat. Dalam buku ini komunikasi berlaku di antara individu dengan individu, individu dengan orang ramai, ramai dengan individu, juga ramai dengan ramai.