50
GAYA BAHASA KOMUNIKASI RASULULLAH S.A.W DENGAN SAHABIYYAT
RM16.00 RM32.00
GAYA BAHASA KOMUNIKASI RASULULLAH S.A.W DENGAN SAHABIYYAT
End In :
Price RM16.00 RM32.00
Product SKU ISBN-978-967-0955-02-5
Availability 100
Quantity
Description

Buku ini memberikan definisi terhadap beberapa frasa pada tajuknya- Analisis Wacana Gaya Bahasa Komunikasi Rasulullah (SAW) dengan Sahabiyyat agar ia dapat memberikan satu gambaran dan pemahaman yang jelas terhadapnya. Analisis dalam konteks perbincangan ini ia dirujuk kepada penyelidikan dan huraian yang dilakukan kepada hadith-hadith komunikasi Nabi dengan kaum wanita. Manakala Wacana dalam konteks perbincangan ini penulis memfokuskannya kepada kesatuan fikiran yang utuh yang terdapat di dalam teks Hadith Rasulullah (SAW). Gaya bahasa pula dimaksudkan sebagai cara pemakaian bahsa sementara orang yang mempunyai ilmu gaya bahasa ialah orang yang mempunyai pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat. Komunikasi didefinisikan sebagai perhubungan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain. Dalam perbincangan ini Komunikasi berlaku di antara individu dengan individu, individu dengan ramai, ramai dengan individu, juga ramai dengan ramai.