RM110.00
DARI SEBALIK KELIR WAYANG KULIT TOK DALANG CHE ANN
Price RM110.00
Product SKU ISBN 978-967-2912-97-2
Size (L x W x H) 1 cm x 28 cm x 28 cm
Availability 308
Quantity
Description

Kelantan terkenal kaya dengan kesenian tradisionalnya seperti dikir barat, makyung, menora, wayang kulit, main peteri, bageh dan beberapa yang lain. Kesenian ini ada antaranya yang telah bertapak berabad-abad lamanya di negeri Kelantan, berkembang subur dan terkenal bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga di peringkat antarabangsa contohnya dikir barat, makyung dan wayang kulit. Makyung bahkan pada tahun 2005 yang lalu diangkat sebagai Warisan Dunia Tak Ketara oleh UNESCO. Buku ini cuba menelusuri kesenian wayang kulit melalui sorotan penglibatan seorang dalang, iaitu Tok Dalang Che Ann yang terkenal di negeri Kelantan pada ketika ini.

Kesenian wayang kulit antara yang malar segar yang    
merupakan seni persembahan yang sangat unik sifatnya. Dengan menggunakan patung-patung yang diukir indah serta menarik, penggunaan kelir dan kesan bayang-bayang, wayang kulit dipersembahkan untuk tontonan masyarakat sejak zaman-berzaman, serta masyhur pula dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Buku ini dihasilkan seiring pelancaran dokumen Dasar Kebudayaan Negara atau DAKEN (2021) pada Oktober lepas yang menekankan peri pentingnya kesenian dan warisan diperkasakan.