RM40.00
ADAB DAN ETIKA SOSIAL
Price RM40.00
Product SKU ISBN 978-967-0021-22-5
Size (L x W x H) 15 cm x 22 cm x 1 cm
Availability 461
Quantity
Description

Modul Adab dan Etika Sosial merupakan buku rujukan asas bagi pelajar yang mengambil kursus MUS00102 Adab dan Etika Sosial di bawah Program Asasi Sains, Jabatan Persediaan Sains Universiti, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Modul ini memberi fokus kepada kepentingan kefahaman dan penguasaan konsep adab dan etika sosial sesuai dengan penekanan yang diberikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Tajuk-tajuk dalam modul ini membincangkan persoalan-persoalan yang relevan dengan matlamat pembentukan dan kemenjadian pelajar yang sesuai dengan latar dan acuan nilai masyarakat di Malaysia. Antaranya ialah kepentingan dan keseimbangan adab, kualiti adab sebagai individu dan juga sebagai anggota masyarakat, adab dalam keusahawanan dan kepimpinan, sistem nilai dalam mencorak adab dan etika sosial, hak dan tanggungjawab sosial, kematangan sosial, jati diri dan kebaktian, serta adab dan etika dalam masyarakat kepelbagaian. Pemahaman mengenai adab dan etika sosial ini penting dalam usaha membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademiknya tetapi juga mempunyai sahsiah yang terpuji, mencapai kesejahteraan diri dan mampu memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran bersama.